Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri menambat hati para penonton apabila mengukirkan senyuman manisnya pada aksi final 3 meter papan anjal semalam.
Walaupun hampir meraih pingat gangsa, Nur Dhabitah tetap berpuas hati dengan aksinya di tempat ke-4 acara 3 meter papan anjal wanita dengan berbeza 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.
Atlet berusia 22 tahun itu menamatkan terjunan kelima dengan kutipan mata sebanyak 326.15 bagi keseluruhan acara tersebut.
Rata-rata warganet jatuh hati apabila Dhabitah dilihat mempamerkan senyumannya ketika melakukan terjunan dan memuji semangat kesukanan untuk terus berjuang demi negara.
“Terbaiklah Dhabitah, tak mengapa kamu dah buat yang terbaik tadi,” komen salah seorang pengguna Twitter.
“Dhabitah berenang ketepi pun senyum, aduhai manis jer tengok,” komen pengguna Instagram.
“Kalau dhabitah senyum mesti semua orang cair,” kata salah seorang warganet.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.