Siapa sangka haiwan kecil yang mempunyai saiz sebesar kepala mancis ini mampu menggigit dan menyebabkan mangsa menjadi lumpuh?
Kejadian yang berlaku di Mississippi, Amerika Syarikat menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun lumpuh dan tidak boleh bercakap selama 12 jam selepas digigit sengkenit.
Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Jessica Griffin pada mulanya beranggapan bahawa kaki anaknya menjadi kebas selepas anaknya, Kailyn Kirk, terjatuh daripada katil pada waktu pagi.
Selepas membawa anaknya ke Pusat Perubatan Misissippi, doktor mendapati bahawa kanak-kanak itu terkena kelumpuhan kutu, berpunca daripada neurotoksin yang terkandung dalam air liru sengkenit tersebut.
Serangga berkenaan didapati berada dalam kulit kepala kanak-kanak berkenaan dan doktor memberitahu bahawa simptom lumpuh ini adalah normal dan akan kembali seperti sediakala antara 12 hingga 24 jam selepas gigitan.
Sumber: ABC News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.