Seperti yang sedia maklum, bermula tahun 2020, tiada lagi perbezaan aliran kepada pelajar Tingkatan 4 sama ada aliran Sains mahupun aliran Sastera.

Justeru, bermula tahun hadapan juga, sebanyak 89 subjek elektif bakal ditawarkan, dengan 36 daripadanya adalah subjek dibawah pakej STEM, manakala 53 subjek selebihnya adalah dibawah pakej Sastera & Kemanusiaan yang terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam serta Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas..
PAKEJ STEM (SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING & MATHEMATICS)

PAKEJ SASTERA & KEMANUSIAAN


Memetik hantaran oleh seorang guru Sains di Facebook Cikgu Wan Hazim, seperti yang dilaporkan menerusi portal GPS Bestari, pelaksanaan subjek pelajar Tingkatan 4 adalah seperti berikut:
1. Terdapat 3 kumpulan utama yang perlu diambil oleh setiap pelajar, iaitu Matapelajaran Teras, Matapelajaran Wajib dan Matapelajaran Elektif.
2. Matapelajaran Elektif menawarkan 2 pakej utama merangkumi 89 subjek elektif yang boleh diambil para pelajar dengan 36 subjek dalam pakej STEM dan 53 subjek dalam pakej Sastera & Kemanusiaan.
Pakej STEM terdiri daripada 3 kriteria:
a. Mengambil semua subjek Sains Tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan,

b. Mengambil mana-mana 2 subjek Sains Tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya 1 subjek elektif STEM Sains Gunaan dan teknologi ATAU subjek bukan daripada elektif STEM; atau

c. Mengambil mana-mana 2 subjek elektif STEM Sains Gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana 1 subjek Vokasional (MPV).

Bagi pakej Sastera & Kemanusiaan pula, ia terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam serta Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas.

Harus diingatkan, walaupun ia disusun berdasarkan minat dan kebolehan pelajar, ia masih bergantung kepada kemudahan dan tenaga pengajar di sekolah.
Sumber: GPS Bestari
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.