Tidak lama lagi, semua sekolah akan dibekalkan dengan senarai pekerjaan yang dikategorikan berisiko pada masa depan sebagai rujukan para pelajar untuk memilih kursus dan jurusan masing-masing.
Menurut Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, senarai tersebut akan membantu pelajar untuk memilih bidang pengajian yang tidak mempunyai masa depan atau berdepan risiko tidak memiliki pekerjaan selepas tamat pengajian.
“Saya telah bercakap dengan lebih 400 guru dan majoriti mereka keliru tentang realiti semasa berkenaan bidang pekerjaan yang mungkin tidak lagi relevan atau wujud dalam tempoh tiga atau lima tahun akan datang.
“Sebab itu kementerian bersedia dengan senarai pekerjaan yang dikategorikan kritikal pada masa depan untuk diedarkan kepada semua sekolah selewat-lewatnya akhir Disember ini,” katanya kepada pemberita.
Senarai pekerjaan itu adalah dengan kerjasama Bank Dunia, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (Iimia) serta Talent Corp.
Beliau turut membayangkan senarai pekerjaan itu bukanlah bidang pekerjaan yang terkenal tetapi memberi pulamgan wang yang banyak kepada mereka yang terlibat.
Jelasnya lagi, Revolusi Industri 4.0 memungkinkan 30% daripada pekerjaan sedia ada ketika ini menjadi tidak relevan pada masa akan datang.
Sumber: FMT
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.