
Mengambil semangat seorang Viking, dua orang warga Iceland mengambil keputusan untuk menjelajah dari Iceland ke Rusia dengan menaiki kereta buatan Rusia, Lada. Kristbjorn Hilmir Kjartansso yang merupakan seorang pekerja perkhidmatan pos dan rakannya seorang pelajar perfileman, Gretar Jonsson menjelajah selama 14 hari untuk sampai ke Rusia.
Bukan tu je, mereka juga turut mengecat kereta mereka dengan warna biru, merah dan putih yang melambangkan warna pasukan kebangsaan mereka. Kata mereka, semangat ini didorang oleh Viking yang merupakan seorang penjelajah, pelayar dan pejuang yang hebat.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.