Ekoran daripada penularan wabak Covid-19 yang masih lagi melanda beberapa negara seluruh dunia termasuk Malaysia, pelbagai langkah pencegahan diambil antaranya seperti memakai topeng penutup mulut dan juga menggunakan pencuci tangan sanitizer.
Namun begitu, stok penutup mulut juga didapati semakin berkurangan dan tidak lagi dijual di kebanyakkan farmasi seluruh negara.
Bagi memudahkan anda mencari stok penutup mulut di farmasi-farmasi terpilih, Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) telah menggunakan aplikasi Google Maps sebagai bantuan kepada orang ramai untuk mencari topeng penutup mulut ini dengan mudah.
Dengan melihat kepada peta Google Maps ini, tanda kuning menandakan topeng penutup mulut telah habis dijual di kedai atau farmasi berkenaan. Warna merah pula sebagai tanda ia masih dijual di lokasi terbabit.
Semak stok topeng penutup mulut anda disini: Community Pharmacy Map [FACE MASK CHECK]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.