Terkena minyak panas adalah satu insiden yang sangat menyakitkan. Disebabkan itu, sudip atau alat gorengan lain dicipta untuk membantu proses menggoreng.
Namun, berbeza dengan beberapa manusia ini kerana mereka dikatakan mampu menggoreng dengan hanya menggunakan tapak tangannya!
Video menunjukkan 4 orang manusia ini sedang membolak balikkan gorengan dengan menggunakan tangan di dalam minyak panas. Malah, selepas selesai menggoreng, mereka juga mengaut gorengan tersebut untuk dihidangkan kepada pelanggan.
Awas, jangan sesekali tiru aksi ini di rumah, melainkan anda mempunyai superpower.
Sumber: Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.