Seorang lelaki dari India terpaksa menerima kenyataan bahawa sakit perut yang dialamainya selama ini rupa-rupanya berpunca daripada gumpalan cacing yang membiak dan hidup dalam perutnya.
Cacing yang mampu mencapai panjang 36 sentimeter itu ditemui seorang doktor, Vivek Chaurasia sebelum kes lelaki berkenaan diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England.
Lelaki berusia 20 tahun itu pada awalnya mengadu sakit perut, cirit birit dan loya sebelum dirawat oleh doktor berkenaan.
Pemeriksaan imbasan ultra bunyi pada perut lelaki itu mendapati sekumpulan cacing masih hidup dalam perut pemuda itu.
Tambah lagi, wujud telur cacing dari umpulan ascaris lumbricoides ini dari sampel najis lelaki tersebut.
Kebiasaannya, cacing berkenaan ditemui dalam usus pada haiwan dan juga pada sesetengah tumbuhan sahaja.
Sumber: New England Journal of Medicine
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.