Sekumpulan lelaki bergaduh dan bertindak untuk menggunakan kayu dan parang sebelum menyerang sesama sendiri.
Video berdurasi 28 saat itu jelas memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh amat ganas dengan menetak serta melibas parang antara mereka.
Malah, beberapa keping gambar turut tular menunjukkan individu cedera dan berlumuran darah dipercayai terbabit dengan pergaduhan berkenaan.
Dilaporkan, kejadian berlaku di kawasan petempatan atas air di Batu 4 Jalan Apas, iaitu berhampiran lokasi kejadian kebakaran yang memusnahkan hampir 700 buah rumah, pada Jumaat lalu.
Namun, punca kejadian masih belum dikenal pasti dan ada beberapa pihak mendakwa kejadian berlaku disebabkan ada kaitan dengan jambatan di kawasan berkenaan yang sedang dibaik pulih.
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.
“Saya akan bagi laporan sidang media selepas siasatan awal selesai,” katanya menerusi kiriman WhatsApp.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.