Sekuel kepada filem Train To Busan bertajuk Peninsula akhirnya akan menemui penonton dipawagam pada Julai ini.
Memetik sebuah laporan, filem Peninsula akan ditayangkan di Korea Selatan pada 15 Julai. Berkemungkinan juga tarikh berkenaan akan menjadi pilihan pawagam-pawagam lain diseluruh dunia termasuk Malaysia memandangkan kebenaran sudahpun diberikan kepada pawagam untuk mulai beroperasi pada 1 Julai ini.
Peninsula akan membawa watak utama seorang bekas askar yang berjaya melarikan diri daripada wabak zombie tetapi diberikan misi untuk kembali ke Korea. Maka, beliau perlu menghadapi segala macam bencana di sepanjang perjalanannya itu nanti.
Antara pelakon yang akan melakonkan filem sekuel tersebut ialah, Lee Jung Hyun, Lee Rae, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan dan pelakon filem Golden Slumber, Kang Dong Won.
Sama-sama kita nantikan pengumuman tayangan filem ini di Malaysia tidak lama lagi ya!
Sumber: Soompi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.