Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Aziz di Simpang Empat, Alor Setar, Kedah ini kini menjadi sekolah pertama di negeri ini menggunakan mesin pengimbas wajah bagi merekodkan kedatangan pelajar dan guru.
Pengetua sekolah, Nur’asikin Othman berkata, pengimbas wajah yang dilancarkan pada 27 Ogos lalu hanya terhad pada 100 pengguna sahaja.
Ini adalah kerana, mesin pengimbas wajah ini pada mulanya hanyalah alternatif kepada pelajar dan guru yang menghadapi masalah kepada mesin pengimbas jari yang digunakan sebelum ini.
“Ada sesetengah pelajar dan guru yang mempunyai masalah cap jari mereka tidak dapat dibaca oleh mesin berkenaan.
“Jadi mesin pengimbas wajah ini lebih efektif kerana pengguna hanya perlu berdiri di hadapan mesin berkenaan untuk diimbas wajah,” katanya.
Sehingga kini, sekolah berkenaan telah memasang lima mesin pengimbas sekitar sekolah, dimana empat daripadanya adalah mesin pengimbas jari dan satu pengimbas wajah di pejabat sekolah.
Tambah pengetua lagi, dengan adanya mesin berkenaan, masalah disiplin dalam kalangan pelajar berjaya dikurangkan.
Sumber: World of Buzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.