Sebuah sekolah di Ireland dipuji apabila menukarkan sistem pembelajaran yang berasaskan kerja rumah kepada berkelakuan baik sepanjang masa kepada semua pelajarnya.
Sekolah rendah di Clonakilty ini memperkenalkan sistem berkenaan kepada semua pelajar mereka untuk sepanjang minggu persekolahan.
Pada hari Isnin, pelajar-pelajarnya akan membantu orang tua, hari Selasa pula membuat kerja rumah, hari Rabu berbuat perkara baik, dan pada hari Khamis pula membantu kesihatan mental dan emosi sendiri.
Selain itu, pihak sekolah juga telah menyediakan 'Kindness Bucket' dimana pelajar perlu menulis segala kebaikkan yang pernah mereka lihat ketika disekolah dan menulisnya pada kertas dan diletakkan dalam bekas berkenaan. Setiap hari Jumaat, satu kertas akan dicabut daripada bekas itu dan akan dibacakan pada semua orang.
Inisiatif dari pihak sekolah ini bukan sahaja mendapat pujian daripada ibu, bapa dan penjaga pelajar sekolah tersebut, malah daripada penduduk setempat dan juga orang ramai.
Terbaik!
Sumber: Elite Reader
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.