Bermula jam 12.01 tengah malam ini, 14 Oktober 2020, negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 27 Oktober.
Pengumuman pelaksaan PKPB dikawasan ini dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku di Klang, Petaling dan Gombak.
Bagaimanapun timbul tanda tanya daripada orang ramai mengapa pelaksaan PKPB dilakukan sedangkan masih ada kawasan yang dilabel sebagai zon hijau, malah bilangan kes harian di Lembah Klang juga kurang 100 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, pelaksaan PKPB di seluruh Lembah Klang ini dilakukan kerana kes baru yang direkodkan adalah secara berselerak.
Sekiranya penularan yang berlaku adalah hanya tertumpu pada satu-satu lokaliti, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar mungkin boleh dilakukan.
“Jika penularan telah menular ke setiap daerah dalam negeri tersebut dan terus merekodkan kes-kes baharu iaitu berselerak di Selangor dan Lembah Klang, ini bermakna penularan jangkitan ini tidak dapat lagi dibendung dengan berkesan.
"Pada masa yang sama juga, kawalan di Kuala Lumpur dan Selangor adalah sukar.
"Kita tidak boleh menunggu zon kuning menjadi merah untuk melaksanakan PKPB atau PKPD.
"Perlu difahamkan penilaian risiko sama ada teruk atau tidak, bukan hanya bergantung kepada bilangan kes positif seharian, tetapi juga melihat kepada corak penularan di dalam negeri itu”, jelasnya pada Facebook Live KKM, semalam.
Justeru pelaksanaan PKPB adalah langkah terbaik bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19, sebelum ia menular ke seluruh negara.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.