Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

‘Scammer’ Bengang Kena ‘Scam’ Balik Dengan Mangsa Bagi 5 Sen Sahaja

Haa kan dah kena!
Muhammad Izwan Zainal
23 Mar 2022, 07:29 PM

Seorang guru dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh 'scammer' (penipu) apabila gagal mendapatkan wang seperti diminta menerusi laman ruang sembang, Telegram.

Mangsa dikenali sebagai Ahmad mengakui telah dihubungi oleh seseorang untuk meminjam wang sebanyak RM1,000 dan menggunakan indentiti rakan dengan menghantar mesej.

‘scammer’ bengang kena ‘scam’ balik dengan mangsa bagi 5 sen sahaja

Dia bernasib baik kerana tidak mempercayai mesej tersebut dan sedar ia bukanlah daripada rakannya.

“Apabila saya sedar telefon rakan saya telah digodam oleh scammer lalu saya mengiyakan permintaan scammer terbabit.

“Kebetulan saya berada di pekan ketika itu dan terus ke bank memasukkan sejumlah wang sebanyak lima sen sahaja dan kemudian ambil gambar slip bank serta hantar kepada scammer terbabit,” katanya.

‘scammer’ bengang kena ‘scam’ balik dengan mangsa bagi 5 sen sahaja

Selepas Ahmad selesai menghantar gambar slip bank berkenaan ‘scammer’ tersebut terus melemparkan kata-kata kesat dan terus menamatkan perbualan.

Tambahnya, scammer berkenaan bengang dengan tindakan Ahmad yang tidak memindahkan sejumlah wang seperti yang diminta.

“Memang licik sindiket penipuan ini iaitu dengan menggunakan identiti orang yang kita kenali untuk meminjam wang dan berjanji akan memulangkan kembali pada keesokan harinya.

“Kalau kita terpedaya atau tidak berfikir panjang maka sudah tentu kita akan memasukkan sejumlah wang yang diminta ke dalam akaun individu terbabit yang mungkin menjadi kaldai akaun,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}