"Saya ingat orang Malaysia baik-baik belaka," kata Shinji Nakano kepada Shah Firdaus.
Demikian mesej yang dihantar oleh Shinji Nakano kepada Shah Firdaus Sahrom, 28 susulan tindakan warganet yang menyerang akaun media sosialnya selepas insiden perlanggaran melibatkan kedua-dua pelumba basikal itu pada final acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurut Shah, Nakano menghantar mesej kepadanya kelmarin memberitahu telah diserang warganet dari Malaysia.
"Saya pun tak tahu, apabila saya tengok, sudah berpuluh ribu komen dan saya harap netizen berhenti sebab perkara itu menjejaskan kami juga,” ujar Shah.
Tambah atlet dari Muar, Johor itu, tindakan meninggalkan komen-komen negatif kepada Nakano menyebabkan dia berasa serba salah dan malu kerana mereka berdua bersahabat baik.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.