Setiap orang mempunyai kebiasaan masing-masing setiap pagi, sama ada mengambil sarapan dipagi hari, mahupun sebaliknya. Namun, sama ada ambil sarapan atau tidak, kedua-duanya memberi kesan yang sama, iaitu mengantuk!
Dipetik daripada portal Hellosehat, apabila kita tidak bersarapan pada waktu pagi, kita tidak mendapat glukosa yang mencukupi pada otak, menyebabkan kita rasa mengantuk dan tidak bertenanga.
Namun, jika kita bersarapan pula, oksigen akan lebih dihantar ke perut untuk proses pencernaan, menyebabkan otak tidak mendapat oksigen mencukupi, mendorong kepada mengantuk.
Jadi, mana lebih buat mengantuk? Sarapan atau tidak?
Prof. Ali Khomsan, pakar nutrisi dari Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia berkata, amalan tidak bersarapan akan lebih membuat kita rasa mengantuk tetapi dengan syarat anda tidak berlebih-lebihan ketika bersarapan. Sarapan yang berlebihan akan menyebabkan kita rasa mengantuk.
Sumber:
Why Do I Get Tired After Eating? https://www.healthline.com/health/food-nutrition/why-do-i-feel-tired-after-eating Diakses 3 Oktober 2018.
The Benefits of Eating Breakfast. https://www.webmd.com/diet/features/many-benefits-breakfast#1 Diakses 3 Oktober 2018.
Wawancara dengan Prof. Dr. Ir. Ali Khomsan, MS, Guru Besar IPB di Hotel Fairmont Senayan, Jakarta pada Rabu, 3 Oktober 2018.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.