Kredit foto: IG @slavndr
Rabu lepas, calon SPM 2018 telah selamat menjawab kertas bahasa Inggeris dan meninggalkan reaksi yang berbeza daripada pelajar.
Ada yang mendakwa, sukan meluncur yang tidak begitu popular di negara ini dijadikan soalan dalam kertas Bahasa Inggeris, yang menyebabkan ramai rasa kecewa kerana ia agak sukar untuk dijawab. Nama Sarah yang digunakan dalam kertas soalan berkenaan turut menjadi perhatian pengguna laman sosial.
Tanpa disangka, nama Sarah sebenarnya memang benar wujud dan beliau merupakan anak perempuan kepada seorang peluncur negara, Mohd Faudzi Mohd Noor.
Sarah yang menuntut di Universiti Malaya, juga merupakan ahli dalam kumpulan peluncur wanita.
Menariknya, selepas tular nama beliau dalam kertas SPM 2018, pengikutnya naik mendadak sehingga lebih 10 ribu!
Sumber: World of Buzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.