Melecur boleh terjadi disebabkan sentuhan kulit dengan objek atau bahan yang panas, menyebabkan kulit cedera.
Melecur boleh diklasifikasikan menurut dalamnya luka dan luasnya bahagian kulit yang terlibat. Ada empat tahap kedalaman luka, iaitu:
Tahap pertama : Lecur pada lapisan kulit bahagian atas ( epidermis )
Tahap kedua : Lecur melibatkan lapisan kulit atas dan lapisan kedua ( epidermis dan dermis )
Tahap ketiga : Melibatkan keseluruhan lapisan kulit dan juga saraf menyebabkan rasa kebas
Tahap empat : Lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang. Saraf terlibat akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit.
Ada petua yang menyapu ubat gigi pada bahagian melecur, kononnya untuk meredakan kecederaan kulit.
Namun, tindakan ini sebenarnya amat membahayakan kerana ia menyebabkan haba terperangkap dalam kulit dan proses penyembuhan menjadi lebih lama.
Lebih teruk lagi, kuman boleh terperangkap dalam kulit dan mengakibatkan pelbagai masalah lain boleh timbul.
Justeru, cara terbaik yang perlu dilakukan selepas melecur adalah dengan mengalirkan air paip keatas luka selama 20 minit. Tindakan ini akan membantu proses penyembuhan dan mengurangkan komplikasi akibat melecur.
Pastikan kebersihan pada bahagian melecur dan bawa pesakit ke klinik atau hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Elakkan juga menggunakan ais kerana ini akan membuatkan bahagian melecur menjadi lebih teruk.
Sumber: Myhealth / Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.