Pakar bedah, Vladimir Kamashev, terkejut apabila mendapati pesakitnya yang disangka menghidap kanser paru-paru rupa-rupanya terdapat pokok fir di dalam paru-paru.
Pesakit yang berusia 28 tahun itu kerap mengadu sakit dada serta batuk berdarah dan disahkan menghidap kanser selepas doktor pakar melakukan X-ray.
"Kami 100 peratus yakin! Kami sudah melakukan X-ray dan mendapati apa yang kelihatan sama seperti tumor. Saya telah berulang kali melihat imbasan scan X-ray dan kerana itulah telah memutuskan untuk melakukan pembedahan." jelasnya.
Semasa melakukan pembedahan dan ingin memindahkan sebahagian besar paru-paru tersebut pakar bedah mengambil tisu untuk menyiasat.
"Saya sangka saya sedang berhalusinasi, saya minta bantuan pembantu saya untuk melihat. Mari lihat ini! Kita ada pokok Fir di sini!"
Batuk berdarah yang dialami pesakitnya adalah disebabkan oleh hujung pokok tersebut yang mencucuk kapilari darah.
"Ia sangat menyakitkan, tapi jujur saya katakan saya tidak merasakan apa-apa objek asing didalam tubuh ini. Saya lega, ia bukan kanser." jelas pesakit tersebut.
Sumber: Dailymail dan Siakapkeli
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.