Seorang wanita dari Shandong, China boleh dikategorikan sebagai seorang isteri yang mithali kerana sanggup menjaga suaminya yang sudah 20 tahun lumpuh.
Suaminya yang terjatuh daripada lereng bukit setinggi 40 meter, telah menyebabkan kerosakkan dalaman khasnya pada bahagian otak, menyebabkan dia menjadi lumpuh seluruh badan.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Jia, telah menjaga makan minum suaminya itu malah sanggup bercerai dengan suaminya yang lumpuh demi berkahwin dengan lelaki lain bagi sama-sama membantu menjaga lelaki lumpuh terbabit. What!
Dengan bantuan jiran tertangga, Jia telah menemui seorang lelaki yang sanggup menjadi suami barunya demi membantunya menjaga bekas suaminya yang lumpuh.
Sumber: China Press
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.