Untuk menunjukkan sokongan padu kepada pasukan German yang akan beraksi dalam kejohanan Piala Dunia 2018, seorang petani dari Bangladesh sanggup menjahit benda negara itu sepanjang 5.5 kilometer.
Amjad Hossain, 69, dah bermula menjahit benda negara German sejak tahun 2006 lagi. Perasaan cintanya terhadap negara itu bermula apabila dia menggunakan ubat homeopati German untuk penyakit batu karangnya.
Hossain sanggup menjual tanah miliknya asalkan dia boleh membeli kain yang cukup untuk siapkan bendera pasukan kesayangannya itu.
"Saya meminati pasukan Jerman kerana permainan mereka yang 'cantik'," kata Hossain.
Ketika Piala Dunia 2014, sewaktu bendera itu hanya 3.5 km panjang, kedutaan Jerman di Bangladesh menganugerahkannya keahlian seumur hidup kelab rasmi peminat pasukan Jerman, jersi pasukan dan sijil penghargaan.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.