Seorang lelaki yang berang selepas isterinya membuka dan membaca WhatsaApp miliknya secara sembunyi, telah nekad menyaman wanita itu.
Kejadian berlaku di Arab Saudi selepas lelaki itu sedar pergerakannya dipantau secara sembunyi oleh isterinya selama sembilan bulan.
Lelaki berkenaan menganggap tingkah laku isterinya itu sebagai salah satu jenayah siber.
Dilaporkan wanita berkenaan sudahpun menyalin semua data termasuk klip video dalam aplikasi WhatsApp milik suaminya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana mahu menjaga aib, namun memilih untuk berpisah dengan suaminya.
Lelaki itu pula enggan berpisah dan memilih untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara aman.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan WiFi percuma ditempat awam, kerana dikhuatiri akan digodam dan data peribadi akan diceroboh dengan lebih mudah.
Sumber: Ajelen.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.