Pintasan Saloma atau Saloma Link telah mencuri tumpuan ramai selepas ia dibuka pada 6 Februari lalu. Jambatan yang menghubungkan KLCC dan Kampung Baru ini juga menjadi jejantas ikonik baru yang dibina dalam masa 18 bulan.
Walaubagaimana pun, dek kerana sikap sesetengah rakyat yang masih mempunyai pemikiran kelas ketiga, jambatan ini dilihat telah dicemari dengan beberapa kesan kotoran.
Memetik hantaran dari laman Twitter @Twt_Cyberjaya, foto jelas menunjukkan kesan tumpahan air pada lantai pintasan ini telah dirakamkan.
Ekoran daripada itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad telah mengarahkan DBKL agar menambah bilangan penguatkuasa di Saloma Link untuk mengelakkan berlakunya vandalisme serta masalah gelandangan berada dikawasan berkenaan.
Sumber: Twitter / Malaysia Gazette
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.