Gara-gara memburu secara haram haiwan terancam Antelope pada tahun 1998, pelakon popular bollywood Salman Khan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun.
Salman Khan membunuh dua ekor haiwan tersebut semasa melakukan penggambaran di Rajasthan. Empat pelakon lain yang membintangi filem itu juga didakwa dengan kesalahan namun telah dibebaskan.
Salman terpaksa bermalam di Penjara Jodhpur selepas Mahkamah Sesyen menetapkan permohonan jaminan hanya akan didengar esok.
Beliau didapati bersalah mengikut Seksyen 51 Akta Hidupan Liar (Perlindungan) yang boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum enam tahun atau minimum dua tahun penjara.
Sumber: Utusan Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.