Malam ini akan berlangsungnya perlawanan antara Manchester United dan Liverpool untuk merebut gelaran naib juara saingan Liga Perdana Inggeris.
Penyerang utama Liverpool, Mohamed Salah dinobatkan pemain terbaik bulanan EPL buat kali kedua dan itu membimbangkan pengurus MU, Jose Mourinho. Salah, 25, menjaringkan empat gol dan membantu dua lagi jaringan sepanjang bulan Februari untuk meraih anugerah berkenaan buat kali kedua dalam tempoh empat bulan.
Mourinho perlu mencari formula dan rancangan terbaik untuk anak buahnya berdepan pergerakan pantas Salah, malam ini.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.