Satu virus misteri telah ditemui disebuah tasik di Brazil, membuatkan saintis tertanya-tanya.
Mana tidaknya, virus yang digelar sebagai Yaravirus ini tidak pernah dilihat, menjadikan ia misteri dan unik sepenuhnya.
Yaravirus diambil sempena nama Yara, iaitu sejenis ikan duyung yang mempunyai kelebihan untuk memikat tentera supaya tinggal bersamanya di dasar laut.
Penemuan Yaravirus ini adalah pertama kali seumpamanya selepas dikenalpasti pada Disember 2019.
Virus ini telah ditemui secara tidak sengaja oleh sekumpulan saintis di Tasik Pampulha, iaitu sebuah tasik buatan di bandar Belo Horizonte.
Kajian terhadap lebih 8,500 genetik dari seluruh dunia juga gagal memberikan sebarang petunjuk dan kaitan dengan Yaravirus ini.
Bagaimanapun, buat masa ini Yaravirus tidak memberikan ancaman kepada manusia kerana ia hanya boleh disebarkan antara amoeba, iaitu makhluk bersel tunggal yang hidup dalam persekitaran lembap.
Sumber: Mail Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.