Sekumpulan saintis di China didakwa telah menemui sejenis virus yang menyamai dengan COVID-19 tujuh tahun lalu, namun tidak berbuat apa-apa untuk memberi amaran kepada dunia.
Menurut Sunday Times, saintis menemui strain yang sama dengan koronavirus di sebuah lombong pada tahun 2013 dan dibawa ke makmal virologi di Wuhan untuk ujikaji.
Lombong itu juga merupakan sebuah lombong cari gali tembaga dan ia menjadi habitat kelawar dan tikus.
Kesan daripada strain itu juga mengakibatkan enam pekerja lombong berkenaan demam, batuk dan radang paru-paru pada tahun 2012, di mana dua daripadanya meninggal dunia dan empat lagi berjaya pulih diuji positif antibodi koronavirus.
Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendakwa virus COVID-19 yang melanda dunia ketika ini berkemungkinan datang daripada Institut Virologi Wuhan, yang merupakan makmal penyakit berjangkit terbesar di dunia.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.