Musibah banjir memberikan impak yang besar buat salah seorang mangsa banjir, Mohd Riffin Mohd Arsat apabila melihat rumahnya rebah dirempuh banjir yang luar biasa di Kampung Dusun Tua, Sungai Lui.
Malah, penduduk sekitar juga ramai yang terkesan tetapi rumahnya yang paling teruk terkesan akibat bah yang melanda sehingga rebah ke bumi kediamannya itu.
Tinjauan Astro Awani melihat mangsa yang tabah dan reda akan keadaan yangmenimpa mereka biarpun menyimpan kesedihan yang amat mendalam.
“Kita nak menangis macam mana, saya pun…tak tahu nak cakaplah, dah tiada lagi dah. Nangis tu pun dah lari jauh dah.
“Air mata tiada lagi dah…dah tiada dah, dah tak larat, dah tak mampu lagi. Nak tengok rumah pun tak boleh. Satu barang pun tidak dapat diselamatkan,” katanya.
Kini, mereka sekeluarga bergantung dengan pondok bas di hadapan rumah mereka untuk berteduh sambil beralaskan cadar dan pakaian terpakai yang ada.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.