Baru-baru ini, pelancong terkejut apabila perlu membayar RM4 untuk sekeping roti canai kosong di sebuah gerai di Pulau Langkawi.
Menurut Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff memaklumkan pihaknya menerima aduan mengenai roti canai mahal selepas kejadian harga ikan siakap lebih RM1,000 lalu.
Tambahnya, pengadu memaklumkan dia perlu membayar RM4 untuk sekeping roti canai biasa.
“Walaupun kita sedia maklum harga barangan dan bahan mentah mahal sekarang, namun harga yang dikenakan pemilik gerai itu tidak masuk akal,” katanya.
Tidak dinafikan, beliau akui semakin banyak isu peniaga mengenakan harga makanan mahal sejak kemasukan pelancong dan ia sudah lama berlaku.
“Dari dulu sebilangan peniaga makanan di Langkawi ini akan menjual harga mahal jika tiba musim kemasukan pelancong dan ia kembali disoalkan setelah pembukaan gelombang pelancongan September lalu.
“Oleh itu, pihak kami meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah untuk selalu membuat pemeriksaan di premis dan gerai makanan yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan terlalu tinggi,” ujarnya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.