Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dilihat hadir untuk latihan Manchester United dengan menaiki kereta mewah berjenama Lamborghini bernilai 170,000 pound (RM972,000) pada Rabu.
Jaguh bola sepak itu juga menunjukkan isyarat bagus kepada puluhan jurugambar yang menunggu di luar pusat latihan kelab di Carrington.
Kepulangan semula Ronaldo ke Old Trafford pada hari terakhir perpindahan dengan bayaran 12 juta pound (RM69 juta) dari Juventus menyaksikan pelbagai reaksi daripada peminat seluruh dunia.
Malah, beliau berjanji akan membawa dan fokus dalam menguatkan pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer untuk berdepan Liga Perdana musim ini serta memperoleh kejayaan.
Bintang bola sepak berusia 36 tahun itu tiba di Carrington untuk berbual bersama pengurus baharu dan bekas rakan sepasukannya yang berkemungkinan akan menghadapi perlawanan menentang Newcastle di Old Trafford pada Sabtu petang.
Sumber: Reuters
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.