Selepas berita mengumumkan beberapa atlet dan bintang suka dunia positif dari COVID-19, kini laporan menyatakan lagenda bolasepak, Ronaldinho pula positif wabak berkenaan.
Menerusi laman 90 min, berita itu disampaikan sendiri oleh Ronaldinho dalam satu video yang dikongsikan di Instagram miliknya awal pagi tadi.
Menurut lagenda berusia 40 tahun itu, beliau positif COVID-19 meskipun tidak bergejala dan juga merasa sihat.
Beliau yang sepatutnya menghadiri sebuah majlis di Belo Horizonte, telah membatalkan niatnya sebaik sahaja menerima keputusan ujian COVID-19.
Tambahnya lagi, beliau juga berharap agar dapat kembali secepat mungkin dan pulih daripada wabak tersebut.
Sumber: 90 Min
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.