Menteri Pengangkutan mengumumkan tidak perlu lagi mempamerkan “roadtax” bagu pemilik kenderaan persendirian. Sebaliknya pemandu boleh menggunakan mod paparan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM). Perkenalan kepada sistem digital ini dapat menjimatkan masa orang ramai jika mereka memperbaharui roadtax masing-masing di kaunter dan tidak perlu lagi membayar caj kepada pihak ketiga untuk penghantaran roadtax secara fizikal.
“Kita akan mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum peluasan pelaksanaannya ke fasa-fasa seterusnya,” kata beliau dalam sidang media, di sini, pada Jumaat.
Inisiatif ini akan dijalankan secara berperingkat. Malah, orang ramai tidak perlu lagi membawa lesen memandu fizikal kerana dokumen berkenaan boleh diakses secara dalam talian menerusi aplikasi MyJPJ. Orang ramai boleh mengakses maklumaat berkenaan lesen memandu dan roadtax mereka melalui portal awam JPJ di http://public.jpj.gov.my/ atau di aplikasi mobil MyJPJ yang boleh dimuat turun di Apple Store, Play Store ataupun Huawei App Gallery.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.