Seorang pemilik hartanah menawarkan kepada orang awam untuk menyewa sebuah ‘pejabat kecil’ bersaiz tandas pada harga £50 (RM289) seminggu.
Malah, unit hartanah di Glasgow, Scotland itu diiklankan sebagai ‘ruang ideal yang kecil dan kompak untuk seorang pekerja.
Pelbagai kemudahan disediakan seperti meja, cerek, lampu meja, peti sejuk mini, tandas dan kemudahan WiFi berkelajuan tinggi untuk kegunaan penyewa.
Difahamkan, ia terletak di tingkat satu sebuah bangunan perumahan dan suasana sunyi tanpa gangguan untuk penyewa bekerja di pejabat kecil itu.
“Ia merupakan satu lokasi yang bagus dan sunyi serta baru diubah suai.
“Boleh disewa dari pukul 8 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Kunci akan diberikan kepada penyewa yang ingin menyewa dalam tempoh yang lama,” tulis pemilik unit berkenaan.
Tindakan individu itu diselar pengguna laman web pengiklanan percuma, Gumtree apabila ruangan sewa itu seakan tidak masuk akal untuk disewa seorang individu.
Biarpun sudah hampir sebulan yang lepas diiklankan tetapi tiada seorang individu pun yang mahu menyewa.
Malah, pemilik berkenaan dilaporkan berhenti mengiklankan pejabat kecil itu kepada orang ramai dan menarik balik iklan tersebut.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.