Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

RIM Buat Pertama Kali Lancar Carta Radio Pertama Di Astro Radio

Sekarang dah boleh dengar lagu-lagu banyak distrim tau!
Muhammad Izwan Zainal
30 Mar 2022, 05:47 PM

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dengan kerjasama Astro Radio, rangkaian radio No. 1 di Malaysia mengumumkan pelancaran program RIM Chart yang tersedia di saluran udara radio buat kali pertama di dalam negara.

Para pencinta muzik kini boleh menikmati lagu-lagu tempatan dan antarabangsa yang paling banyak distrim di Malaysia menerusi ‘RIM Chart’ pertama di ERA, Hitz FM dan MY mulai 2 April 2022.

rim buat pertama kali lancar carta radio pertama di astro radio

Menurut Pengerusi RIM, Rosmin Hashim, berkata, “Kami amat berbesar hati kerana ‘RIM Chart’ yang sebelum ini hanya disenaraikan di laman web dan media sosial RIM, kini akan berada di Astro Radio buat kali pertama.

“‘RIM Chart’ adalah gambaran sebenar lagu-lagu tempatan dan antarabangsa yang sedang didengari oleh rakyat Malaysia minggu demi minggu berdasarkan data yang disahkan dan dikemukakan oleh penyedia perkhidmatan muzik digital utama termasuk Spotify dan Apple Music; dan disusun oleh peneraju teknologi muzik global, BMAT.

“Kami sangat teruja dengan kerjasama bersama Astro Radio yang akan membantu memupuk pembangunan industri muzik Malaysia,” katanya.

rim buat pertama kali lancar carta radio pertama di astro radio

Menurut Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, pula beliau berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan RIM sebagai mana kami terus merevolusikan landskap audio tempatan. Program ‘RIM Chart’ akan tersedia di platform kami yang boleh diakses oleh 15.6 juta pendengar mingguan kami.

“Semua rakyat Malaysia boleh menikmati kiraan detik ‘Top 10’ tempatan dan ‘Top 20’ Antarabangsa paling popular distrim di Malaysia, melalui Hitz FM, ERA dan MY dalam siaran atau di aplikasi SYOK,” ujarnya.

rim buat pertama kali lancar carta radio pertama di astro radio

Pada Carta RIM ERA dan MY RIM Chart, pendengar boleh menikmati 10 lagu Melayu tempatan teratas dan 10 lagu Cina tempatan teratas masing-masing berdasarkan ‘RIM Chart’.

Bagi Hitz RIM Chart Show, pendengar boleh menikmati kiraan detik 20 lagu Inggeris tempatan dan antarabangsa teratas yang terdiri daripada: 10 lagu Inggeris tempatan teratas daripada ‘RIM Chart’, dan 10 lagu tambahan daripada pelbagai segmen Hitz FM termasuk Hitz Throwbacks, yang menampilkan lagu-lagu imbau kembali buat kali pertama di Hitz FM; Hitz Rising, menampilkan lagu-lagu tempatan dan Asia Tenggara yang akan datang; Hitz Chart Request, lagu yang diminta oleh pendengar; Hitz TikTok Viral, menampilkan lagu tular di TikTok, dan Hitz Worldwide, memaparkan lagu Inggeris antarabangsa yang terkini. 

Jangan lupa dengarkan RIM Chart ERA, setiap Sabtu dari 10 pagi hingga 11 pagi, Hitz RIM Chart Show, setiap Sabtu dari 3 petang hingga 5 petang, dan MY RIM Chart, setiap Sabtu dari 1 petang hingga 2 petang, di udara atau strim di aplikasi SYOK.
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}