Fenomena Cahaya Utara dijangka dapat dilihat di beberapa tempat di United Kingdom (UK) tengah malam ini ketika ribut solar atau geomagnetik melanda bumi.
Ia merupakan sinar cahaya yang sering kelihatan pada waktu malam di kawasan altitud tinggi di kawasan utara bumi.
Malah, Scotland, bahagian utara England dan Ireland Utara juga dijangka dapat melihat cahaya tersebut.
Menurut Pentadbiran Kelautan dan AtmosferaKebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat (AS), ribut geomagnetik itu berlaku akibat daripada aktiviti di matahari dan sebelum melanda bumi.
Kejadian itu juga berada dalam kategori G2 dan dianggap dalam tahap sederhana.
Menurut penulis dan ahli astronomi terkenal tentang fenomena Cahaya Utara, Tom Kerss menekankan ribut itu tidak akan menyebabkan berlaku gangguan di UK atau lokasi berdekatan.
Namun, gangguan akan berlaku jika ribut solar yang kuat akan melanda bumi seperti yang pernah berlaku pada 150 tahun lalu.
Setakat ini, tiada ribut solar dengan kekuatan lebih besar itu berlaku di bumi.
Sumber: [1] [2]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.