Gulai kemahang merupakan salah satu menu wajib bagi penduduk di negeri Perak suatu ketika dahulu.
Bagi kebanyakkan orang muda masa kini, pasti tidak pernah atau jarang sekali dapat merasai masakan gulai kemahang ini.
Memetik laporan dari Sinar Plus, gulai kemahang dipercayai pernah menjadi santapan hidangan istimewa salah seorang sultan Perak suatu ketika dahulu. Malah ia popular juga ketika kenduri kendara dan rumah terbuka dikawasan-kawasan kampung dalam negeri Perak,
Namun, menu ini semakin lama semakin dipinggirkan, mungkin kerana bahan utama menghasilkannya iaitu daun kemahang sukar ditemui.
Daun kemahang merupakan sejenis tumbuhan pokok liar, bergulung-gulung daunnya yang menyebabkan gatal jika tidak dikendalikan dengan betul.
Masakan ini menjadi menu istimewa di setiap rumah kerana gulai itu enak dimakan bersama nasi putih atau dicicah bersama cucur kepala atau tepek tepung dan beberapa menu pencuci mulut lain.
Penyediaan gulai kemahang juga memakan masa kira-kira satu jam setengah. Ini adalah kerana, daun kemahang itu sendiri perlu direbus bagi menghilangkan rasa gatal. Mungkin sebab itulah, resipi gulai kemahang ini semakin lama semakin dilupakan.
Daun mahang kini banyak digunakan bagi penggemar ikan, khasnya peminat ikan laga yang sanggup masuk ke hutan bagi mencari daun berkenaan.
Sumber: Sinar Plus
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.