Seorang remaja maut akibat digilis dan diseret kereta api sejauh 30 meter dalam kejadian di Kampung Tiong di sini pada awal pagi Isnin.
Berusia 18 tahun, Mohamad Azwan Syhmin Md Yusoff meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 5.30 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memaklumkan mangsa turut bersama seorang lagi rakannya dipercayai tidur di atas jambatan landasan kereta api sebelum berlaku kejadian tersebut.
“Pemandu kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat itu ternampak lelaki tidur atas landasan dan membunyikan hon.
“Mangsa tidak sempat bangun bagaimanapun rakannya tersedar dan lari menyelamatkan diri,” katanya.
Malah, pemandu kereta api pantas membuat laporan mengenai kejadian kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan untuk tindakan lanjut pihak polis.
“Hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati mayat mangsa dijumpai sejauh 30 meter dari lokasi dia dan rakannya tidur.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.