Seorang remaja nyaris maut apabila digigit seekor labah-labah berbisa ketika menikmati percutian di United Kingdom.
Mangsa, Abby Tannetta menginap di karavan milik ibu bapanya untuk meraikan sempena selesai tamat pengajiannya di Cardigan Bay Holiday Park.
Dia kemudiannya berasa sakit di bahagian rusuk di bawah lengannya sebaik sahaja bangun daripada tidur.
Remaja itu terkejut setelah melihat ia adalah seekor labah-labah besar berdekatan tempat tidurnya dan dia bertindak keluar daripada karavan.
“Ia sangat sakit dan makin menjadi-jadi. Saiznya juga bertambah besar, berwarna kemerahan, gatal dan sakit sehingga saya tidak dapat menggerakkan lengan atau tidur mengiring.
“Saya juga alami rasa pening dan lemah, kepanasan dan saya merasa jantung berdegup kencang.
“Saya pengsan ketika doktor mahu melakukan pembedahan tetapi syukrulah pembedahan berjaya.
“Jika tidak saya mungkin menderita akibat risiko yang menyebabkan kematian ini,” katanya.
Sumber: metro.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.