Hanya di Indonesia, CCTV yang memerhatikan gelagat pengguna jalanraya boleh menegur mereka secara langsung, tanpa mereka sedari yang mereka sebenarnya diperhatikan.
Salah satu kejadian yang tular dilaman Twitter menunjukkan gelagat seorang pengguna jalanraya yang didapati melanggar undang-undang, telah menyebabkan beliau ditegur CCTV.
“Aduh, manis sekali bang senyumannya..”
Ketika kejadian, ramai pengguna motosikal yang berada dalam kawasan pejalan kaki, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan mereka agar berundur.
Dalam pada masa sama, petugas wanita sempat mengusik seorang pemuda lelaki yang leka memakan aiskrim di atas motosikalnya.
Rata-rata komen yang menonton video berkenaan turut tersipu malu memerhatikan gelagat pemuda berkenaan.
Sumber : Twitter Polisi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.