Seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan mengandung apabila ibunya melihat perut anaknya semakin membesar dan bertanya anaknya mengenai perkara sebenar.
Memetik laporan Harian Metro, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan pantas menahan suspek berusia 25 tahun untuk siasatan.
“Hasil siasatan lanjut mangsa memberitahu dia dirogol pada September tahun lalu, namun tidak ingat tarikh dan masa dengan tepat.
“Mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika dia sedang tidur dalam bilik dan suspek masuk melalui pintu hadapan rumah yang tidak berkunci,” katanya.
Malah, kejadian tidak berperikemanusiaan itu dilakukan sepupunya sendiri yang memberi amaran kepada mangsa agar tidak menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa.
Hasil siasatan mendapati suspek jarang berkunjung ke rumah mangsa dan selepas kejadian itu remaja perempuan terbabit mendakwa dia tidak datang haid.
“Walaupun mengesyaki dirinya hamil, mangsa tidak berani menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa, malah dia langsung tidak menghubungi suspek.
“Kejadian itu hanya terbongkar apabila remaja berkenaan menceritakan perkara sebenar selepas beberapa kali didesak ibunya,” katanya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam memaklumkan pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian terbabit tetapi terpaksa menolak untuk mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.