Sekumpulan 8 orang remaja lelaki dari Nigeria mampu menghasilkan video sci-fi yang menakjubkan dengan hanya menggunakan telefon pintar dengan skrin pecah, bersama tripod yang diperbuat daripada tongkat mikrofon rosak.
Kumpulan pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai The Critics, telah menghasilkan filem pendek bertajuk “The Redemption”, selepas berjaya membeli kain bentang skrin hijau menggunakan duit yang dikumpul.
Suntingan yang dilakukan oleh remaja berkenaan melalui proses yang lama dan panjang berikutan sumber elektrik yang tidak menentu serta sambungan internet yang lemah dikawasan mereka.
Kisah mereka menjadi tular apabila video mereka sampai kepada pengetahuan penerbit filem Nigeria, Kemi Adetiba, dan satu kempen pengumpulan dana telah dilakukan bagi membantu mereka membeli peralatan rakaman dan suntingan.
Nah hasil video suntingan mereka. memang layan!
Bestnya!
Sumber: African News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.