Sara Sofea Mohammad Illaham, 16, merupakan belia termuda di Asia Tenggara yang berjaya menawan puncak tertinggi di Eropah, iaitu Gunung Elbrus, dengan ketinggian 5,642 meter.
Tidak terhenti disitu, pelajar tingkatan empat Sekolah Sains Kuala Selangor itu kini mensasarkan gunung tertinggi di Antartika, iaitu Gunung Vinson Massif, yang mempunyai ketinggian 4,700 meter.
“Saya dapat banyak bimbingan daripada bapa, Mohammad Illaham Ishak kerana dia sudah dua kali menawan Gunung Everest dan juga dalam misi terakhir untuk melengkapkan tujuh pendakian gunung tertinggi di tujuh benua.
“Selain itu, aktiviti mendaki gunung alp yang diketahui dalam kalangan peminatnya sebagai kegiatan yang memerlukan persediaan rapi menjadikan kita lebih berdisiplin dan sentiasa bersiap sedia,” katanya.
Vinson Massif adalah salah satu daripada tujuh puncak tertinggi di tujuh benua dunia yang amat dikenali sebagai lokasi pendakian yang menelan kos paling tinggi, mencecah RM231,000.
Terdahulu, Sara juga pernah diiktiraf sebagai belia termuda Malaysia dan Asia Tenggara yang berjaya menakluk Gunung Elbrus dari Persatuan Pergunungan, Mendaki Tembok Batu dan Pelancongan Sukan, Persekutuan Kabardino-Balkarian di Russia.
Tahniah kami ucapkan!
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia , [1] [2]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.