Remaja berusia 15 dari Malaysia ini bukan sahaja hebat di atas padang, malah beliau juga merupakan seorang genius matematik dan juga mampu bertutur dalam lima bahasa berbeza.

Omar Raiyan Kama Azlan yang kini terpilih menyertai kelab bolasepak terkenal Serbia, Red Star Belgrade mampu menyelesaikan kiub Rubik dalam tempoh 40 saat, memiliki diploma piano dan mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Perancis dan Serbia.
Selain itu juga, Omar juga cemerlang dalam renang dan pernah memegang anugerah perenang terbaik tahunan.
❤️🌊
A post shared by Omar Azlan⚽️🦁 (@oazlanofficial) on
Tak cukup dengan itu, remaja ini pernah menyertai akademi kelab bola sepak terkemuka Inggeris iaitu Manchester City ketika menetap dinegara itu dan dibobatkan ‘Pemain Terbaik Tahunan’ di akademi dan diiktiraf antara 25 pemain remaja terbaik di UAE. Hebat!
Menurut bapa kepada Omar, iaitu Kama Azlan berkata, anaknya kni dalam usaha untuk mendaftarkan diri sebagai pemain professional dan seterusnya berpeluang untuk mengembangkan bakat ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, Omar juga menyimpan hasrat mahu bersama skuad kebangsaan namun masih belum menerima maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung hasratnya itu.
Selain Omar, nama-nama remaja lain dari Malaysia seperti Luqman Hakim Shamsudin (kelab Belgium, KV Kortrijk), Allee Putra Azril dan Aniq Asri Nashrudin Elias (kelab Sepanyol, FC Malaga City) adalah antara yang membanggakan nama negara d iperingkat dunia.
Tahniah!
Sumber
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.