Reka bentuk yang menakjubkan bagi sebuah bandar yang dapat menempatkan sejuta orang di planet Marikh telah dilancarkan oleh pasukan saintis dan arkitek.
Bandar di planet Marikh ini dikatakan dapat melindungi penduduk dari keadaan yang teruk di planet ini dengan juga menempatkan rumah di tepi tebing.
Reka bentuk disusun oleh firma seni bina, Abiboo Studio, yang berpangkalan di Sepanyol, AS dan India.
Dengan kerjasama The Sustainable Offworld Network (Sonet), sebuah pasukan akademik yang berdedikasi untuk pembangunan penempatan manusia di dunia lain, mereka tampil dengan rekaan bandar di planet Marikh.
Mereka memilih sisi tebing di Marikh untuk membina "kota menegak" memandangkan keadaan di planet tersebut agak teruk dengan keadaannya yang berbatu.
Bangunan yang menegak dapat melindungi penduduk dari atmosfera planet Marikh dengan memasukkan kediaman mereka di tebing yang dapat menahan radiasi.
Tekanan udara yang melampau di planet ini membuatkan rekaan bentuk rumah biasa seperti di Bumi adalah mustahil untuk dibina, jadi rekaan ditebing adalah yang terbaik.
"Sinaran matahari dan gamma di Marikh memaksa kita untuk membina ruang yang tidak langsung terdedah dengan langit," kata pengasas Abiboo, Alfredo Muñoz.
Beliau menambah, "Jika kita membangunkan bangunan seperti di Bumi, bangunan itu cenderung untuk meletup disebabkan oleh tekanan."
Projek yang dinamakan Nüwa ini telah membayangkan lima bandar di Marikh yang mampu menampung sejumlah satu juta orang.
Reka bentuk ini telah dibentangkan kepada pertandingan yang dianjurkan oleh The Mars Society awal tahun ini.
Pertandingan Reka Bentuk Negeri Mars City bertujuan untuk mencari reka bentuk terbaik untuk negara kota Marikh, yang boleh memuatkan penduduk dari Bumi dimasa akan datang.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.