Pemain pertahanan Chelsea dan England, Reece James, berasa susah hati apabila pingat Liga Juara-Juara (UCL) dan naib juara Euro 2020 telah dicuri di kediamannya sendiri.
Bintang bola sepak berusia 21 tahun itu sedang beraksi bersama The Blues dalam kemenangan 1-0 UCL ke atas Zenit ketika kejadian berlaku di kediamannya.
James merupakan tunjang utama dalam kejayaan Chelsea ke atas Manchester City menerusi persaingan final musim lalu dan sekali lagi diberi kepercayaan ketika bersama England dalam final Euro 2020 yang menyaksikan mereka tewas kepada Itali.
Menerusi hantaran di laman Instagram, dia mendedahkan kejadian pecah masuk itu untuk meminta pertolongan dalam usaha mencari pelakunya yang melarikan peti keselamatannya yang mengandungi pingat Piala Super.
“Pingat ini dimenangi ketika saya mewakili Chelsea dan England -- ia adalah penghargaan yang tidak akan dapat dirampas daripada saya sama ada saya memiliki medal bagi membuktikannya.
“Begitupun, saya memohon kepada semua peminat Chelsea dan England agar dapat membantu mengenal pasti dan menyerahkan individu-individu ini yang pasti tidak akan senang duduk kerana bukti terhadap mereka semakin meningkat.
“Polis, penasihat saya dan Chelsea FC (dan banyak lagi) semuanya berada di belakang saya kerana kami mempunyai petunjuk mengenai siapa pelakunya. Kami akan memburu mereka,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.