Wanita bertubuh gempal tidak perlu merasa rendah diri dan beranggapan bahawa mereka tidak cantik.
Ini dibuktikan oleh seorang ahli perniagaan wanita dari Uganda, Nasasi Belinda apabila beliau dinobatkan sebagai ‘Ratu Montok’ dalam sebuah pertandingan ratu cantik di negara itu.
Menganggap ia sebagai satu penghormatan buat dirinya, Belinda menasihatkan agar mereka yang mempunyai saiz tubuh sepertinya agar terus bergembira dan jangan mengalah.
"Saya akan menjadi sumber inspirasi. Memiliki saiz tubuh yang besar bukan satu masalah. Teruslah bergembira dengan diri anda dan pastikan anda tidak mudah mengalah. Terus melangkah," kata Belinda yang menewaskan 24 peserta yang lain.
Pertandingan tersebut juga sebagai salah satu kempen bagi menarik pelancong untuk datang ke negara Afrika itu.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.