Baru-baru ini telah berakhir saingan dalam Liga Perdana Inggeris, menyaksikan Manchester City sekali lagi menjulang trofi untuk dua tahun berturut-turut.
Awal Jun akan datang pula, Liverpool sekali lagi akan bersaing dengan Tottenham Hotspurs bagi saingan Liga Juara-Juara 2018/19, serta saingan Liga Europa antara Chelsea dan Arsenal pada 30 Mei ini.
Menurut Football Database, sehingga 12 Mei 2019, pasukan Liverpool melonjak naik ke tempat pertama dalam ranking kelab bolasepak dunia, daripada tempat ke-15 pada tahun lalu.
Sementara itu, Manchester City, Barcelona, Bayern Munich dan Juventus masing-masing ditempat ke 2 hingga 5 dalam senarai ranking yang dikeluarkan baru-baru ini.
Manchester United pula bagaimana pun jatuh ke ranking-35 selepas kekalahan berturut-turut dalam saingan musim kali ini.
Antara lain, pasukan dari Malaysia, JDT berada ditempat ke-1855 kelab bolasepak dunia, dan 221 di Asia.
Sumber: Football Database
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.