Ranking baru bola sepak yang dikeluarkan menerusi laman sesawang FIFA menunjukkan pasukan bola sepak negara kini berada ditangga ke-159, diatas dua rivals terdekat kita, iaitu Indonesia dan Singapura.
Pasukan Indonesia jatuh ke tangga 160 ekoran kekalahan pasukan tersebut dengan pasukan Jordan pada pertemuan sebelum ini.
Selain itu, pasukan Thailand dan Filipina juga masing-masing turun 2 tangga kepada ranking 116 dan 126, manakala Brunei naik kepada ranking 193 dunia. Manakala pasukan Belgium, Perancis dan Brazil masing-masing mengekalkan ranking mereka selaku top 3 pasukan bola sepak terbaik dunia.
Terdahulu, Malaysia telah menewaskan pasukan Timor-Leste dengan agregat 12-2 pada pusingan pertama perlawanan Kelayakan Piala Dunia.
Tahniah skuad Harimau Malaya!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.