Seorang ranger hutan di India hampir mati apabila dia dibelit oleh ular sawa yang ditangkapnya sendiri. Ular sawa seberat hampir 40 kilogram itu ditangkapnya setelah orang kampung melihat haiwan itu berdekatan rumah mereka sedang melahap seekor kambing,
Sanjay Dutta telah dipanggil oleh orang kampung setelah mereka mendapati ular sawa sepanjang 18 kaki atau 5.5 meter itu sedang kekenyangan selepas menelan seekor kambing milik orang kampung.
Setelah menyelamatkan kambing yang hampir ditelan, ranger tersebut meletakkan ular sawa terbabit pada lehernya untuk mengambil gambar. Dalam waktu itu, ular sawa terbabit mengganas dan cuba membelit ranger tersebut.
Jadi, korang yang suka ambil gambar dengan ular sawa dekat pertunjukkan mana-mana haiwan sekalipun, sila lah berhati-hati. Malang tidak berbau!
Sumber: BBC News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.