Kapten Sphynx, Ramona Azween akan beraksi pada Grand Final Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Peringkat Asia Tenggara bagi kategori Counter Strike: Global Offensive (CSGO) Wanita pada 13 hingga 16 Disember nanti.
Beliau yang mengakui ada rasa tertekan untuk beraksi pada kejohanan ini berkata, ia juga dilihat sebagai satu suntikan semangat untuk memberikan yang terbaik bagi mengharumkan nama negara.
Dipetik daripada Awani Ramona sebelum ini pernah mencipta nama tersendiri dalam CSGO menerusi 10 kemenangan kejohanan tempatan dan antarabangsa, termasuk Juara Piala One Asia 2012 dan Juara Crossfire Asia Tenggara 2013.
“Saya bernasib baik kerana sebelum ini pernah beraksi di kejohanan Asia sebagai wakil Malaysia dan peluang untuk beraksi di hadapan peminat tanah air memang satu perkara yang sukar digambarkan.
“Kadang-kala apabila saya mendengar betapa kuatnya jeritan sokongan mereka, memang meremang bulu roma tapi mengagumkan, seolah-seolah mereka pemain keenam kami.
“Ia satu perasaan sukar digambarkan, terutama apabila mereka bersorak tatkala kami berjaya mendapatkan mata bunuh dan memenangi pusingan permainan,” kata Ramona.
Pada Grand Final WESG Asia Tenggara nanti, Ramona bakal beraksi bersama pemain-pemain muda yang lain termasuk Aisya Sabrina Sabri, Iffah Nazurah Saidi, Jasmine Christina Sim Huiyan dan Shanice Choo Xin Ru.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.